Forever Young


Penyuntingan Gambar Menggunakan GIMP
Thursday, October 29, 2015
Assalamualaikum...

Hari ini tugasan saya ialah untuk menceritakan kepada sahabat sekalian bagaimana untuk sunting gambar atau edit gambar lah senang cakap kan.

Gambar yang akan disunting ini menggunakan aplikasi GIMP atau dikenali juga sebagai GNU Image Manipulation Programe. Awok-awok boleh download apps tersebut kat sini yer >klik sini<

Ok ! Let's start now !!!

1. Klik pada menu FILE > OPEN untuk cari gambar yang nak di edit lah
2. Pilih TOOLS > TOOLBOX dan akan keluar toolbox kecil macam gambar kat bawah ekk
3. Klik SCISSORS SELECT TOOL kat dalam toolbox dan tandakan pada gambar yang nak di edit*alahh..dia ala-ala macam kita nak crop gambar la*
4. Bila dan selesai, tekan Enter*'Enter' pada keyboard anda yer*
5. Klik pada menu EDIT > COPY untuk menyalin imej yang telah kita pilih tadi
6. Klik pada menu FILE > NEW dan akan keluar satu window box. So, setkan saiz imaj 500 x 440 dalam pixels. Pilih ikon bentuk LANDSCAPE supaya imej yang kita copy tadi dapat diletakkan dalam keadaan melintang.


7. Sebelum anda menampal  imej yang disalin, pastikan anda telah menambah LAYER baru. Kemudian, klik pada menu EDIT > PASTE. Kalau imej yang kita paste tadi tu besar yaa amattt kannn..kita kena ubah saiznya menggunakan SCALE TOOL atau klik pada LAYER > SCALE LAYER*boleh rujuk contoh gambar dibawah*


8. Ubah balik yer Width: 342; Height: 401
9. Imej tadi kita boleh ubah kedudukan dia guna MOVE TOOL yang ada dalam Toolbox


10. Background colour pulak boleh klik kat FOREGROUND & BACKGROUND COLOUR dalam toolbox
11. Seterusnya, klik BUCKET FILL TOOL*ada dalam toolbox jugak* untuk memasukkan warna yang kita bekenan di hati :)


Penggunaan Teknik Filter

Teknik Filter ni adalah untuk memberi kesan khas kepada grafik atau gambar kita. Cara-caranya...

1. Right-click pada gambar
2. Pilih FILTERS > ARTISTIC > CARTOON. Box untuk effect cartoon akan keluar macam gambar kat bawah dan boleh ubah effect tu sesuka hati anda ye.


Bawah ni adalah contoh effect Cartoon :)


Ini pulak kesan khas bagi wind. Caranya... FILTER > DISTORT > WIND


Ahamdulillah siap juga akhirnya. Horayyy..!!! Semoga bermanfaat ye entri ni.



0 Comments:

Post a Comment



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post
Copyright© All Rights Reserved alwanijohari.blogspot.com