Forever Young


Tugasan 2 : Kritik Blog
Monday, September 28, 2015
Assalamualaikum kengkawan...

Tugasan yang seterusnya ialah mengkritik blog. Maaf dipinta kepada blog-blog yang telah mendapat kritikan oleh sayabig grin Ini hanyalah tugasan semata-mata. Heheheheee. So, here we go! Kita lihat blog siapa yang kena !thumbs up




     
     
Blog yang pertama ialah blogger muda yang cantik, ayu dan solehah. Sejuk je mata pabila memandangnya. Kak Dena ni kahwin muda oo0. Ehem....'Love After Marriage' ok! Macam mana saya tau,, b'coz.....I'm one of her followers ok ! hahaha.. Ok, back to the topic, blog Kak Dena ni banyak info-info yang berunsurkan islamiah dan perkongsian pengalaman beliau.

Hiasan blog ini menggunakan 'simple template' sebagai template asal blog. terdapat beberapa gadget yang digunakan. Antarannya ialah 'Followers', 'Twitter follower', 'Kalendar', 'Live Traffic Feed' dan 'Blog archive'.

Kelebihan blog ini ialah banyak berkisar tentang perkongsian ilmu yang berbentuk islamik. Blog ini juga dapat menarik pembacanya dari segi susunan ayatnya yang santai sahaja. Selain itu, gambar-gambar yang dikongsi juga sangat menarik dan jelas. Disamping itu, terdapat juga ruangan tajuk entri blog yang tersusun dan mudah diakses.

Kekurangan blog ini ialah kebanyakkan entrinya dalam bahasa inggeris dan mungkin menyebabkan kesukaran bagi sesetengah pembaca. 



2. FATIN LIYANA

                                          
Yang kedua ialah blog Si Doktor Muda yang cantik iaitu Fatin Liyana. Kak patin ni suka sangat travel luar negara. So, dalam blog ni banyak la gambar-gambar dan info yang menarik pasal luar negara. Siapa yang plan nak gi bercuti mana-mana tu, boleh la jadikan blog ni sebagai guideline sikit. Kak FL ni juga ada share motivasi sikit dan maklumat berkaitan dengan kesihatan. Almaklumlah...doktor la katakan. Ehem..ehem..tapi blogger ni dah kahwin tau. Suami Kak FL ni dokter jugak kauu ! Alahh..buku yang tajuk "Diagnosis" tu suami Kak FL la penulisnya.

Hiasan blog ni simple dan kemas. Means, tak la terlalu berserabut dengan macam-macam gadget sangat kan. Terdapat beberapa gadget yang digunakan dalam blog tersebut. Antaranya ialah 'Blog hits', 'The followers', 'Entries' dan iklan Nuffnang.

Kelebihan blog ini ialah ia lebih bersifat pembacaan yang santai dimana sangat sesuai dengan jiwa remaja.Tulisan entri dalam blog ini juga kemas dan mudah untuk membacanya. Terdapat juga banyak gambar yang menarik yang diselitkan dalam menyampaikan entri berilmu beliau untuk bacaan umum.

Kekurangan blog ini ialah 'background colour' yang agak kurang menarik perhatian pembaca.


3. HAMI ASRAFF 

    

                                     
Ok, blog yang seterusnya ialah Hami Asraff. Blog ini ialah blog seorang pensyarah dan engineer. Tapi sekarang beliau telah mengubah prospek pekerjaan beliau kepada daripada seorang pensyarah dan pernah menjadi Project Manager di sebuah company swasta kepada menjadi seorang Agen Insurans Takaful sepenuh masa. Tapi kenapa?? Haa..korang baca lah sendiri blog cik abang hensem yang masih bujang trantangtang nihh.

Hiasan blog ini menggunakan 'simple template'. Terdapat bebrapa gadget yang diletakkan di sebelah kanan iaitu 'Followers', 'Add to circles', ' Follow Instagram', 'Follow Twitter ' dan 'Like page Facebook'.

Kelebihan blog tersebut ialah terdapat beberapa 'tab' dibawah 'header' yang memudahkan pembaca membuat pilihan untuk membaca maklumat yang berkaitan. Tab tersebut kelihatan kemas dan tersusun. Antara 'tab' tersebut ialah 'Utama', 'Hubungi Hami Asraff', 'Tentang Blog', 'Ruangan iklan', 'PruBSN Takaful' dan sebagainya. Blog ini juga banyak memberi info mengenai takaful, perkongsian ilmu dan kisah pengalamannya. Susun atur penulisannya sangat menarik hati pembaca yang bersifat kesusasteraan.

Kekurangan blog ini ialah blog template nya kurang menarik perhatian.


4. HANIS ZALIKHA

 
Blog yang keempat ialah Blog Keknis ! Sapa yang tak kenal Keknis oiii... Kenis seorang blogger yang terkenal disamping menjadi artis. 

Hiasan blog ini menggunakan 'Simple Template'. Susunan gadget di sidebar juga kemas dan tersusun. Antara gadget yang diguna pakai ialah 'Search box', 'Followers', 'Archieve post' dan banyak lagi. 

Kelebihan blog ini ialah banyak berkongsi maklumat mengenai kesihatan tubuh badan terutamanya mengenai hal-hal wanita. Blogger ini juga berkongsi cerita mengenai kelebihan produk kesihatannya iaitu 'Toujours Advanced'. Selain itu, gaya susunan penyampaiannya sangat mencuit hati dan santai. Penggunaan ayatnya lebih kepada gaya pembacaan remaja kini yang mudah difahami.

Kekurangan blog ini ialah background nya yang serba putih yang menyebabkan kurang menarik perhatian pembacanya.




 
Lastly, blog yang terakhir ialah blog Irine Nadia ! Si blogger muda yang cantik dan mempunyai 2 puteri yang comel-comelsss. Blogger ini pun kahwin muda tau bagi siapa yang pernah follow blog beliau sebelum ini. Best bila baca blog ni !

Hiasan blog ini sangat cantik dan kemas. Penggunaan 'header'  dan corak yang cantik. Terdapat beberapa gadget yang diletakkan di left sidebar. Antaranya ialah 'Facebook, Instagram, Twitter icon', 'iklan Nuffnang', dan 'Blog archieve'. 

Kelebihan blog ini ialah banyak memberi maklumat mengenai kesihatan, cara penjagaan bayi, produk yang sesuai bagi ibu mengandung, kisah pengalaman hidup dan sebagainya. Cara penyampaiannya sangat santai dan menarik hati pembaca. Selain itu, blog ini juga tidak dipenuhi dengan penggunaan gadgetnya yang menyukarkan orang ramai untung mengakses blog ini. Disamping itu, terdapat juga beberapa media sosial yang disediakan sekali bagi memudahkan pengikut blognya selalu 'keep in touch' dengannya seperti instagram, fb dan twitter.

Kekurangan blog ini ialah tiada paparan iklan yang menarik pembacaan pengunjung.

Sekian. party







0 Comments:

Post a Comment



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post
Copyright© All Rights Reserved alwanijohari.blogspot.com